Followers

Friday, November 13, 2015

Spegeti Carbonara (homemade souce)


Cuti midsem dah pon nak berakhir. hari ni last day duduk rumah. Orang cakap tak sempat nak mereput pon. Sebabkan hari ni last day, aku terlebih rajin main masak masak. Sampaikan adik aku cakap "Yong ni, kenapa semenjak dua ni terlebih rajin ni?" Salah ke kalau rajin hehe

Hari ni sempat lah aku masak Spegeti Carbonara. Disebabkan haritu aku pergi Tesco, aku xjumpa stok carbonara prego, aku decide nak buat sendiri. Memasak ni senang je, kalau xcukup bahan, banyak lagi alternatif lain. Nak dengan tak nak je. 

Ok. Stop membebel. let's get start it :)


p/s : daging ni dok beku lagi. aku jenis xdan nak sabar. 
aku rendam dia dalam air panas. hahaha

KUAH CARBONARA
1 kotak air FRESH MILK
2 keping chedar cheese
4 batang sosej
1/2 paket dging cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
1 1/2 sudu besar tepung gandum
sedikit margerine
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
*** if nak tambah quantiti sosej n daging, tak jadi masalah pon. 
       nak tambah bahan2 lain pon boleh je :)***

1.Satukan fresh milk, tepung gandum, lada, garam dan juga cheese di dalam mangkuk. 
***kalau kau xnak satu kan pon xpe. aku ni keje nak snang je. satgi terus masuk dalam belanga***
2.Masukkan margerine. Tumis bawang besar dan juga bawang putih sehingga naik bau.
3.Masukkan daging cincang. Kacau sentiasa supaya tak mudah hangus.
4. Apabila daging cincang kelihatan hampir masak, masukkan sosej. Goreng bersama.
5. Asingkan daging dan sosej tersebut di dalam bekas lain terlebih dahulu.


6. Cairkan margerine dan masukkan step 1 didalam kuali. Kacau sehingga sebati dan pekat.
***aku guna je kuali yg aku masak daging n sosej tu. xde hal punya***
7. Kalau dah cukup rasa, boleh lah satu kan sosej dan daging di dalam kuah carbonara tersebut.


SPEGETI
1 gengam spegeti
sedikit garam
minyak zaiton (minyak masak pon boleh. hehe)

Didihkan air bersama garam dan juga minyak. Apabila sudah mendidih, masukkan spegeti. Tunggu sehingga speggeti lembut lebih kurang 15 minit. Selepas itu tos kan.

Dan sedia untuk dihidang. Nyummm



Alhamdulillah setakat ni sedap lah. Adik adik pon suka makan. hehe. Selamat mencuba.


Thursday, September 10, 2015

AJKS intake 2015/2016

assalamualaikum

Alhamdulillah, dah masuk sem 3. dan baru je seminggu kuliah bermula. setakat ni tak terima lagi sebarang assignment.buad masa sekarang ni kita chillek chillek duluu. hahaha

Ok, actually nak cerita tentang aku join AJK untuk minggu suaikenal (AJKS) untuk aku punya asrama. Well, DPP Bank Rakyat, UUM. This is first time aku join program macam tu. Banyak halangan dan dugaan yang telah aku lalui dengan tabah nya. Hati ni kene sado beb. Dan kalau nak cakap pasal mata, tak yah cakap lahh, Berketul ketul eyebag. seriusly, Mana taknya, tdo pukul 3pagi bagun pukul 6 pagi bersiap, solat untuk aktiviti pagi tu pulak. 

Ohh yaa, aku sebagai biro pendaftaran

time ni aku kene tidur kat pejabat
sebab takud orag daftar pagi pagi buta
 
dapat love letter dari budak2. huhu

Walaupon first time aku join bende macam tu, Alhamdulillah banyak kawan kwan dan senior senior yang banyak membantu. Dan aku makin kenal ramai orang. Taoi untung betul intake kali ni, orentasi 3 hari setengah je weyhh. Batch aku dulu 5 hari cam tu jugak lah. Tappi disebabkan masa yang disingkatkan, banyak sangat benda yang perlu disetelkan  pada satu hari dan menjadikan kelamkabut, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Bab makanan time tu, memang betul betul jimat. haha. Sebab AJKS kena datang awal seminggu sebelom hari orentasi tu, ada sedikit briefing and the other yang perlu di 'clear' kan supaya tak berlaku sebarang masalah sewaktu hari orentasi tu.





meeting pagi pagi buta

malam aspreasi seni

intake baru Bank Rakyat

last dayyyy,!!!

ok yang tu saje. saje lah kongsi pengalaman. Inshaa Allah kalau ada peluang lagi, sem depan join lagi. :)



Saturday, August 22, 2015

Kek Chocolate Moist Kukus

Assalamualaikum..

Memandangkan aku dah berhenti kerja, dan masih berbaki seminggu sebelum aku masuk balik U aku tuh, tetiba je rasa rajin nak buad kek chocolate moist. emmm, nyummeyy. resepi ni aku dapat daripada Mak Teh aku. sebelom ni aku buad kek mesti xjadi. Alhamdulillah kali ni respi yang Mak Teh aku bagi menjadi. Serius. Tak tipu. betul betul moist okkk.

now let's me share

BAHAN UNTUK KEK
1 cawan serbuk koko* (jenama apa pon xkisah)
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu cair*
1 cawan gula*
1 cawan minyak masak/minyak jagung* (aku pakai minyak masak je)
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu kecil baking powder
3 biji telur (blander sampai kembang)
esen vanila

1. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan juga baking powder. Ayak bahan tersebut.
2. Masak bahan yang bertanda (*) dengan api yang sederhana. Agak agak dah xberketul bahan (*)           tadi. Ok tutup api.
   --waktu masak bahan (*) kena sentiasa kacau sampai lengan korang patah. haha. Sebabnya  nanti takut chocolate hangit. haaa, kan dah pahit.--
3.Masukkan telur yang telah diblander tadi dalam adunan yang telah di masak. Teruskan kacau. Dan      masukkan sedikit esen vanila.
4. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kena kacau laju2 tau, sebab tepung tu berketul. kacau sampai     hilang ketul2 dia tu. Dan masukkan dalam acuan.
    --tutup permukaan acuan dengan aluminium foil supaya air dari wap pengukus tu tak jatuh atas kek korang--
5. Masukkan adunan tadi dalam pengukus. Kukus selama sejam.
    --kalau korang xtutup acuan korang dengan aluminium foil, korang boleh jugak tutup        permukaan penutup pengukus korang dengan kain. Ikat kan dia jadi macam pocong.                 hahaha--


BAHAN UNTUK TOPPING
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu manis
1/2 cawan minyak

Masak bahan tersebut sehingga pekat. Bila dah pekat boleh tuang terus atas permukaan kek tadi. Untuk hiasan pula, boleh taburkan Chocolate Rise.

ok. ni sebabnya kalau xlapik dengan aluminium foil.


taraaa, ni dia kek aku. nyummyyy

oh yaa, lupa nak pesan, sukatan cawan tu, guna cawan yang sama ok.! masak dengan penuh kasih sayang ye. :* selamat mencuba



    

Friday, August 21, 2015

kembali

assalamualaikum

alhamdulillah, setelah sekian lama. aku engat jugak blog aku ni. maaf banyak post dah di delete. sebab aku rasa annoying gila. btw, follower aku xbertambah pon. hmm

untuk kali ni, inshaa Allah aku akan kongsikan resepi dengan korang. resepi yang cincai cincai tapi sedap. xsalah kan berkongsi. 

sebelom aku post pasal resepi resepi aku, jom lah follow aku punya facebook, instagram dan wechat :)



wechat id : cikkeyra


Nurul Shakirah


cikkeyra95

that's all for today. tak sabar nak kongsi resepi dengan korang.