Followers

Friday, November 13, 2015

Spegeti Carbonara (homemade souce)


Cuti midsem dah pon nak berakhir. hari ni last day duduk rumah. Orang cakap tak sempat nak mereput pon. Sebabkan hari ni last day, aku terlebih rajin main masak masak. Sampaikan adik aku cakap "Yong ni, kenapa semenjak dua ni terlebih rajin ni?" Salah ke kalau rajin hehe

Hari ni sempat lah aku masak Spegeti Carbonara. Disebabkan haritu aku pergi Tesco, aku xjumpa stok carbonara prego, aku decide nak buat sendiri. Memasak ni senang je, kalau xcukup bahan, banyak lagi alternatif lain. Nak dengan tak nak je. 

Ok. Stop membebel. let's get start it :)


p/s : daging ni dok beku lagi. aku jenis xdan nak sabar. 
aku rendam dia dalam air panas. hahaha

KUAH CARBONARA
1 kotak air FRESH MILK
2 keping chedar cheese
4 batang sosej
1/2 paket dging cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
1 1/2 sudu besar tepung gandum
sedikit margerine
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
*** if nak tambah quantiti sosej n daging, tak jadi masalah pon. 
       nak tambah bahan2 lain pon boleh je :)***

1.Satukan fresh milk, tepung gandum, lada, garam dan juga cheese di dalam mangkuk. 
***kalau kau xnak satu kan pon xpe. aku ni keje nak snang je. satgi terus masuk dalam belanga***
2.Masukkan margerine. Tumis bawang besar dan juga bawang putih sehingga naik bau.
3.Masukkan daging cincang. Kacau sentiasa supaya tak mudah hangus.
4. Apabila daging cincang kelihatan hampir masak, masukkan sosej. Goreng bersama.
5. Asingkan daging dan sosej tersebut di dalam bekas lain terlebih dahulu.


6. Cairkan margerine dan masukkan step 1 didalam kuali. Kacau sehingga sebati dan pekat.
***aku guna je kuali yg aku masak daging n sosej tu. xde hal punya***
7. Kalau dah cukup rasa, boleh lah satu kan sosej dan daging di dalam kuah carbonara tersebut.


SPEGETI
1 gengam spegeti
sedikit garam
minyak zaiton (minyak masak pon boleh. hehe)

Didihkan air bersama garam dan juga minyak. Apabila sudah mendidih, masukkan spegeti. Tunggu sehingga speggeti lembut lebih kurang 15 minit. Selepas itu tos kan.

Dan sedia untuk dihidang. Nyummm



Alhamdulillah setakat ni sedap lah. Adik adik pon suka makan. hehe. Selamat mencuba.