Assalamualaikum. Hai semua apa khabar. Aku ni bukan suka sangat nak taip intro panjang- panjang ni. Bukan ada sapa nak baca pon, terus skip ke resepi. hahaha.
Dipendekkan cerita bukak peti nampak ikan temenung/kembung. Aku pon jadi temenung sat dok pikiaq nak masak apa. Dalam hati dah bosan makan masak kicap, sambal and goreng kosong. Lepas tu aku pon google la, ok dah dapat idea nak masak apa.
Selalunya ikan masak stim ni orang guna ikan siakap. Tapi sebab ikan kembung je ada dalam peti, apa ada hal. kita yang buat dia. Bedal je lah labuu. hahaha
jommm, masak !!!
BAHAN BAHAN
5 biji cili padi **
1 biji cili merah **
1 inci halia **
1/2 biji bawang besar **
2 batang serai
3-4 biji limau kasturi/purut
garam secukup rasa
secawan air
p/s : Bahan yang bertanda ** dihiris comel comel ye. Takkan kau nak campak je cenggitu. Nanti bakal mak mentua pon reject engko. hahaha
![]() |
| Masa ni xletak air lagi. |
1.Panaskan air kukusan sebentar sehingga mendidih.
2. Sementara itu, susun ikan cantik2 atas loyang.
3. Tabur je semua bahan tadi, perah kan limau, ambil jusnya sahaja. Dan tuang sedikit air sebagai kuahnya,
4. Masak sampai ikan tu dapat berenang balik. hahaha
Siappp. Mudahkann. ohh lupa pulak, macam biasa lah ye, kalau ada tak kena kat tekak tu pandai pandai lah tambah sendiri. Nak pedas tambah ah cili lebih sikit dan sebaliknya. Selamat mencuba.
