Followers

Tuesday, August 16, 2016

Sagu Gula Melaka


Assalamualaikum. Malam semalam tiba tiba tak boleh tidur, lepas  tu ambik laptop tiba tiba teringat blog yang tak ramai folower ni. huhu Tak kisah lah tak ramai folower pon tapi saya tahu ada je orang jengok jengok blog saya untuk ambik resepi. Tak kisah pon, itukan satu ilmu perlu dikongsi bersama. Ceyyy

Semua resepi dalam ni, saya yang buat sendiri. Setiap gambar saya yang punya, saya xcuri dari blog blog lain. Inshaa Allah kalau ikut step by step macam mana saya buat, Inshaa Allah menjdi.

ok, harini nak kongsi resepi SAGU GULA MELAKA. Ceritanya bermula apabila aku ternampak sagu dekat atas rak pinggan kat dapur. Disebabkan aku tak pernah lagi buat, so sagu tu macam menarik perhatian aku untuk di masak. hahahaha.Now, lets begin the story.

BAHAN-BAHAN
sagu sepeket (kecil)
air secukupnya
gula melaka
pandan
1 tin susu cair
beberapa titik pewarna merah/hijau

SAGU
1. Tuang sagu tersebut di dalam periuk dan rendam seketika. Air hanya paras parasa sagu sahaja cukup untuk bagi sagu kembang.
2. Apabila sagu sudah kembang, masukkan air dalam 2 cawan ke dalam periuk beserta 2 titik pewarna. Masak dengan api sederhana. Masa ni anda dikehendaki untuk kacau je sentiasa sebab takut hangit. Bila kering sentiasa tambah air. Masak sampai hilang warna putih sagu tersebut.
3. Bila dah siap, Rehat ka dia seketika.

p/s : dekat sagu ni aku bubuh gula sikit dalam 2-3 sudu. bagi rasa manis sikit. terpulang pada tekak masing masing, korang yang nak melantak satgi. hahaha

GULA MELAKA
1. Hiris gula melaka halus halus. (tak de lah halus sangat hihi, kasar kasar pon boleh)
2. Masukkan sedikit air dan daun pandan. Jangan banyak sangat air nanti cair.
3. Adjust lah sedikit nak manis ke tawar ke. Boleh tambar gula pasir. 



DECORATION
haaa ni nak habaq siap siap. Bukan teh ais je ada 3 layer, sagu gula melaka pon 3 layer bak hanggg.
Mula-mula sekali tuang air gula melaka, dikikuti dengan sagu dan akhir sekali susu cair. Kalau nak sedap simpan lah dalam peti ais. sejukk dap nyee

Ayah balik je keje, suruh ayah rasa. Alhamdulillah ayah cakap sedap sangat. Ayah kalau dia kata sedap sampai 738902536353 kali tu maknanya betul betul sedap.

Ok semua, selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment