Assalamualaikum. Fuhh lama gila tak update entry ni. Maaf lah busy, ada life. hahaha
Dipendekkan cerita, lepas habis paper untuk sem 4 balik rumah, macam biasa lah jadi tukang masak. waktu tu bulan puasa. Bukak peti ais nampak ayam. Tiba-tiba teringin nak makan ayam black paper. Bulan puasa kan, semua benda teringin nak makan.
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam (dipotong)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sb lada hitam
1 sb sos lada hitam *
1sb sos tiram *
1sb madu *
sedikit garam
p/s : bahan yang bertanda "*" saya tak guna pun sebabnya masa tu xde bahan. Jadi saya lebih kan sedikit 1/2 sb lada hitam. Mana kala madu pula digantikan dengan sedikit gula. Untuk warna yang menarik pula saya gantikan dengan kicap sahaja. Simple. Kita buad apa yang ada didapur sahaja. tapi rasanya diajamin sedap!!
1. Campurkan ayam dengan semua bahan di atas. Gaul sebati. Perap selama 3-4 jam supaya rempah rempah dapat meresap ke dalam ayam tersebut.
Untuk proses memanggang pula saya menggunakan :
4 sb minyak
2 sb gula
2 batang serai
1.Campurkan minyak dan gula di dalam piring.
2.Panas kan api pada tahan sederhana sahaja.
3.Titik sedikit campuran minyak dengan gula di atas pemangang menggunakan serai. Dan bakar ayam tersebut. Sekali sekala boleh titikan campuran minyak dan gula ke atas ayam. Supaya ayam tidak melekat dan gula pula memberi "caramelize" pada ayam tersebut. Yummy!!

No comments:
Post a Comment