Followers

Tuesday, August 23, 2016

Ikan masak Stim

Assalamualaikum. Hai semua apa khabar. Aku ni bukan suka sangat nak taip intro panjang- panjang ni. Bukan ada sapa nak baca pon, terus skip ke resepi. hahaha. 

Dipendekkan cerita bukak peti nampak ikan temenung/kembung. Aku pon jadi temenung sat dok pikiaq nak masak apa. Dalam hati dah bosan makan masak kicap, sambal and goreng kosong. Lepas tu aku pon google la, ok dah dapat idea nak masak apa. 

Selalunya ikan masak stim ni orang guna ikan siakap. Tapi sebab ikan kembung je ada dalam peti, apa ada hal. kita yang buat dia. Bedal je lah labuu. hahaha

jommm, masak !!!

BAHAN BAHAN
5 biji cili padi **
1 biji cili merah **
1 inci halia **
1/2 biji bawang besar **
2 batang serai
3-4 biji limau kasturi/purut
garam secukup rasa
secawan air

p/s : Bahan yang bertanda ** dihiris comel comel ye. Takkan kau nak campak je cenggitu. Nanti bakal mak mentua pon reject engko. hahaha


Masa ni xletak air lagi.

1.Panaskan air kukusan sebentar sehingga mendidih.
2. Sementara itu, susun ikan cantik2 atas loyang.
3. Tabur je semua bahan tadi, perah kan limau, ambil jusnya sahaja. Dan tuang sedikit air sebagai kuahnya, 
4. Masak sampai ikan tu dapat berenang balik. hahaha

Siappp. Mudahkann. ohh lupa pulak, macam biasa lah ye, kalau ada tak kena kat tekak tu pandai pandai lah tambah sendiri. Nak pedas tambah ah cili lebih sikit dan sebaliknya. Selamat mencuba.

Tuesday, August 16, 2016

Sagu Gula Melaka


Assalamualaikum. Malam semalam tiba tiba tak boleh tidur, lepas  tu ambik laptop tiba tiba teringat blog yang tak ramai folower ni. huhu Tak kisah lah tak ramai folower pon tapi saya tahu ada je orang jengok jengok blog saya untuk ambik resepi. Tak kisah pon, itukan satu ilmu perlu dikongsi bersama. Ceyyy

Semua resepi dalam ni, saya yang buat sendiri. Setiap gambar saya yang punya, saya xcuri dari blog blog lain. Inshaa Allah kalau ikut step by step macam mana saya buat, Inshaa Allah menjdi.

ok, harini nak kongsi resepi SAGU GULA MELAKA. Ceritanya bermula apabila aku ternampak sagu dekat atas rak pinggan kat dapur. Disebabkan aku tak pernah lagi buat, so sagu tu macam menarik perhatian aku untuk di masak. hahahaha.Now, lets begin the story.

BAHAN-BAHAN
sagu sepeket (kecil)
air secukupnya
gula melaka
pandan
1 tin susu cair
beberapa titik pewarna merah/hijau

SAGU
1. Tuang sagu tersebut di dalam periuk dan rendam seketika. Air hanya paras parasa sagu sahaja cukup untuk bagi sagu kembang.
2. Apabila sagu sudah kembang, masukkan air dalam 2 cawan ke dalam periuk beserta 2 titik pewarna. Masak dengan api sederhana. Masa ni anda dikehendaki untuk kacau je sentiasa sebab takut hangit. Bila kering sentiasa tambah air. Masak sampai hilang warna putih sagu tersebut.
3. Bila dah siap, Rehat ka dia seketika.

p/s : dekat sagu ni aku bubuh gula sikit dalam 2-3 sudu. bagi rasa manis sikit. terpulang pada tekak masing masing, korang yang nak melantak satgi. hahaha

GULA MELAKA
1. Hiris gula melaka halus halus. (tak de lah halus sangat hihi, kasar kasar pon boleh)
2. Masukkan sedikit air dan daun pandan. Jangan banyak sangat air nanti cair.
3. Adjust lah sedikit nak manis ke tawar ke. Boleh tambar gula pasir. 



DECORATION
haaa ni nak habaq siap siap. Bukan teh ais je ada 3 layer, sagu gula melaka pon 3 layer bak hanggg.
Mula-mula sekali tuang air gula melaka, dikikuti dengan sagu dan akhir sekali susu cair. Kalau nak sedap simpan lah dalam peti ais. sejukk dap nyee

Ayah balik je keje, suruh ayah rasa. Alhamdulillah ayah cakap sedap sangat. Ayah kalau dia kata sedap sampai 738902536353 kali tu maknanya betul betul sedap.

Ok semua, selamat mencuba :)

Wednesday, July 20, 2016

Tiramisu Cream Cheese

Terlebih rajin pulak hari ni sampai update 2 entry dalam satu hari. haha. Kali ni resepi yang paling simple. Budak darjah 6 pon boleh buat. Inshaa Allah

BAHAN BAHAN
250gm cream cheese
1/4 cwan susu pekat manis (ikut citarasa masing2)
biskut marry
nescaffe (bancuh sedikit dengan air panas)

1. Putar cream cheese bersama susu sehingga kembang ataupon sebati.
2. Celup biskut mary kedalam bancuhan nescaffe. Sekejap je ni, jangan lama lama nanti lembik pulak.
3. Susun biskut mary tadi di dalam bekas, diselang seli kan dengan cream cheese di atasnya. 



SIAP!!! mudah kan. 

p/s :layer atas sekali aku taburkan sedikit milo dan chedar cheese.

Ayam Black Paper

Assalamualaikum. Fuhh lama gila tak update entry ni. Maaf lah busy, ada life. hahaha

Dipendekkan cerita, lepas habis paper untuk sem 4 balik rumah, macam biasa lah jadi tukang masak. waktu tu bulan puasa. Bukak peti ais nampak ayam. Tiba-tiba teringin nak makan ayam black paper. Bulan puasa kan, semua benda teringin nak makan. 

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam (dipotong)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1  sb lada hitam
1 sb sos lada hitam *
1sb sos tiram *
1sb madu *
sedikit garam

p/s : bahan yang bertanda "*" saya tak guna pun sebabnya masa tu xde bahan. Jadi saya lebih kan sedikit 1/2 sb lada hitam. Mana kala madu pula digantikan dengan sedikit gula. Untuk warna yang menarik pula saya gantikan dengan kicap sahaja. Simple. Kita buad apa yang ada didapur sahaja. tapi rasanya diajamin sedap!!

1. Campurkan ayam dengan semua bahan di atas. Gaul sebati. Perap selama 3-4 jam supaya rempah rempah dapat meresap ke dalam ayam tersebut.



Untuk proses memanggang pula saya menggunakan :
4 sb minyak
2 sb gula
2 batang serai

1.Campurkan minyak dan gula di dalam piring.
2.Panas kan api pada tahan sederhana sahaja.
3.Titik sedikit campuran minyak dengan gula di atas pemangang menggunakan serai. Dan bakar ayam tersebut. Sekali sekala boleh titikan campuran minyak dan gula ke atas ayam. Supaya ayam tidak melekat dan gula pula memberi "caramelize" pada ayam tersebut. Yummy!!

Tuesday, January 19, 2016

ice cream homemade



Assalamualaikum. hai lama xberbelog dan dah lama tak kongsi resepi. Alhamdulillah kali ni aku akan kongsi respi ICE CREAM HOMEMADE!

Bahan bahan
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 biji telur
sedikit esen vanilla
ovellate (pastikan halal)


1. Campurkan semua bahan tu dalam bekas. Macam kat bawah ni.

2. Putar bahan2 tersebut sehingga kembang dan gebu gebas mcm cream dalam 20-25 minit. Time ni, kau bergilir lah dgn sape2. ponat denn. 

3. Bila dh gebu kau masukkan lah perisa apa yang kau nak. Nak masukkan buah mangga yg dipotong dadu pon boleh. durian, milo serbuk dan ape apejelah. 
Macam aku ni, aku masukkan coklat cair dan snikers yg dipotong halus.


4. Bekukan adunan semalaman. 
ni sebab aku xreti nak sabar dah nak makan. baru berapa jam beku. Tapi sedap. family semua pakat pulun makan.

Aduanan ni dapat 2 bekas tupperware ice cream yg besar tu. banyak kn.
Ok lah, Selamat mencuba :)